Pasukan Biasa Pangkat_ninja_Naruto

Pasukan Biasa (正規部隊, Seiki Butai) merupakan asas kepada sistem ninja di sesebuah perkampungan ninja. Kebanyakan ninja adalah terdiri daripada golongan ini, sama ada dalam bentuk perseorangan atau secara berkumpulan. Mereka secara majoritinya akan terlibat dalam semua misi-misi yang diterima oleh kampung mereka. Mereka juga diberikan tugas khas di dalam organisasi seperti melatih dan melakukan kerja-kerja rutin yang rasmi.

Apabila pelatih Akademi tamat latihan, mereka selalunya akan menjadi sebahagian daripada unit ini dan digelar sebagai Genin. Melalui beberapa siri peperiksaan dan ujian, mereka boleh dinaikkan pangkat ke tahap yang lebih tinggi mengikut turutan berikut; Chūnin dan Jōnin. Kadangkala, sekiranya seseorang ninja itu mempunyai kebolehan dalam sesuatu skil khas, mereka boleh dilantik sebagai ninja berpangkat Tokubetsu Jōnin; yang mana mungkin terdiri daripada ninja berpangkat Chūnin dan Jōnin.

Pangkat

Pelatih Akademi

Fail:Academy interior.jpg"Pelatih Akademi" di dalam kelas cikgu Iruka di Akademi Ninja seperti di dalam siri anime Naruto,Episod 1.

Pelatih Akademi (忍者学校性, Akademī-sei) merupakan ninja yang dilatih di Akademi Ninja, sebuah tempat yang melatih mereka menjadi bakal ninja. Pelatih akademi ini sebenarnya bukan sebahagian daripada kuasa ninja sesebuah kampung, ini kerana mereka masih dalam proses memahami kemahiran asas kehidupan sebagai ninja. Bagaimanapun, mereka masih boleh "direkrut" secara kecemasn sebagai satu kuasa bantuan ketika menghadapi peperangan.

Pelatih akademi menghabiskan masa mereka dengan usaha mempelajari dan menguasai pelbagai teknik asas ninja. Mereka juga turut perlu menduduki suatu peperiksaan atau ujian untuk melihat sejauh mana perkembangan mereka. Selain daripada subjek asas seperti sejarah dan matematik, mereka turut diajar dengan teknik asas Ninjutsu, Taijutsu dan barangkali Genjutsu. Ini termasuklah pembelajaran mengenai olahan chakura dan teknik mengawalnya, ikatan tangan, taktik dan beberapa jutsu daripada jutsu Tahap-E seperti Teknik Klon dan Teknik Pertukaran. Mereka turut dilatih untuk bekerja secara sendiri dan berkumpulan.

Pada akhirnya, mereka akan diberikan ujian tamat latihan untuk melihat sama ada mereka sudah bersedia atau tidak untuk menjadi seorang Genin. Namun begitu, lulus dalam ujian ini bukan suatu jaminan bahawa mereka boleh terus menjadi seorang ninja berpangkat Genin, kadangkala mereka perlu melalui satu lagi bentuk "ujian khas" oleh pengajar Jōnin mereka. Namun begitu, mereka masih lagi diberikan dirah dahi sebagai tanda lulus ujian. Mereka yang gagal dalam ujian khas ini akan dihantar semula ke Akademi. Syarat kelayakkan untuk lulus dari Akademi Ninja adalah berbeza dari sebuah kampung ke sebuah kampung ninja yang lain. Di Konohagakure, pelatih hanya perlu mempamerkan kemampuan untuk melakukan sebarang teknik bertahap-E dengan secara rawak. Di Kirigakure pula, pernah terdapat satu ujian yang melibatkan pertarungan "hidup-dan-mati". Namun begitu, ujian tersebut telah dimansuhkan selepas berlakunya insiden di mana seorang pelatih ninja bernama Zabuza Momochi membunuh ke semua pelatih akademi yang sebaya dengannya.

Genin

Lihat juga: Genin
Fail:Rookie9.jpg"Ninja Baru Bersembilan" ketika mereka masih lagi ninja bertahap "Genin".

Genin (下忍, Ninja Rendah) merupakan pangkat terendah dalam sistem ninja. Apabila mereka menjadi Genin, mereka akan diberikan tugas yang berkaitan dengan ekonomi kampung - mereka akan dihantar untuk menyempurnakan misi yang dibayar kepada kampung mereka. Selalunya mereka akan dihantar bagi menyempurnakan misi Tahap-D; misi yang melibatkan kerja-kerja tidak berbahaya seperti menjadi buruh kasar dan kadangkala mereka turut diberikan tugas melaksanakan misi Tahap-C; misi yang mula merujuk kepada tugas sebenar seorang "ninja" namun masih tidak berisiko kepada mereka. Ketika Konoha kekurangan ninja berpangkat tinggi setelah diserang oleh ninja-ninja daripada Otogakure dan Sunagakure, mereka telah menghantar ninja Genin untuk melaksanakan misi-misi bertahap tinggi.

Ninja-ninja Genin selalunya akan dibahagikan dan disatukan di dalam satu kumpulan kecil berempat; yang mana ianya terdiri daripada tiga orang Genin dan seorang guru daripada ninja Jōnin. Kumpulan kecil ini ditubuhkan bertujuan untuk memberikan mereka pengalaman dan mempelajari kemahiran menjadi seorang ninja secara melalui kerjasama secara berkumpulan melalui pengawasan serta perlindungan dari seorang ninja Jōnin. Pembentukkan kumpulan kecil ini berdasarkan kepada skil individu Genin di dalam kumpulan tersebut agar keseimbangan dapat tercapai. Sebagai contoh; Naruto Uzumaki yang lulus dari Akademi dengan gred paling rendah diletakkan ke dalam satu pasukan dengan Sasuke Uchiha yang lulus dengan gred tertinggi dan Sakura Haruno yang mendapat markah tertinggi dam ujian bertulis ketika keluar dari Akademi Ninja. Selalunya, kumpulan kecil ini akan dibentuk daripada dua ninja lelaki dan seorang ninja perempuan, walaupun kadang kala terdapat kekecualian.

Oleh kerana Genin merupakan tahap terendah yang dimiliki oleh seseorang ninja, mereka selalunya jarang dilibatkan dengan misi-misi berbahaya (misi Tahap-B dan ke atas) dan selalunya hanya mampu melengkapkan misi tahap-E dan tahap-D sahaja. Bagaimana pun, harus diingat bahawa, Genin hanyalah sebagai rujukan pengklasfikasian tahap ninja sahaja dan selalunya tidak merujuk kepada kebolehan sebenar seseorang ninja. Sebagai contoh; Naruto Uzumaki masih lagi seorang ninja bertahap Genin, namun dia mampu bertarung dan menewaskan musuh kuat bertahap-S seperti anggota dari Akatsuki.

Walaupun Genin dianggap ninja bertahap rendah, namun mereka boleh mencapai tahap lebih tinggi sebagai Chunin dengan melengkapkan Peperiksaan Chunin, sejenis peperiksaan khas yang diuji kepada ninja Genin dengan tahap kesukaran yang pelbagai untuk melihat sama ada mereka mampu meningkat hingga ke tahap Chunin atau tidak.

Chūnin

Fail:Nara Shikamaru.jpgShikamaru di dalam pakaian lengkapnya sebagai ninja "Chūnin" Konoha.

Chūnin (中忍, Ninja Pertengahan) merupakan ninja yang dianggap layak untuk memantau dan membimbing ninja rendah. Ninja-ninja Chūnin juga dianggap sebagai ninja yang sudah cukup syarat kematangan dari segi keupayaan dalam kepimpinan dan keupayaan dari segi pelaksanaan taktikal.

Ini adalah kerana, Genin yang tidak mempunyai skil untuk menjadi Chūnin akan disingkirkan ketika peperiksaan. Sesetengah daripada mereka, seperti Iruka Umino dan Mizuki, berfungsi sebagai guru di Akademi Ninja serta ninja yang lain seperti Shikamaru Nara yang diberikan tugas sebagai ketua pasukan yang menyelia pasukan kecil bagi menonjolkan sepenuhnya skil ninja-ninja yang berada di bawah pemerhatian mereka. Kebiasaanya, ninja bertahp Chūnin akan dihantar melakukan misi-misi bertahap-C atau bertahap-B.

Untuk menjadi Chūnin, seorang ninja Genin harus menyertai peperiksaan pada skala yang besar yang dikenali sebagai Peperiksaan Chunin. Satu-satunya peperiksaan yang dapat dilihat dalam siri ini adalah peperiksaan tiga peringkat yang diadakan di Konohagakure. Mereka yang lulus ujian tersebut dan menjadi Chūnin boleh memakai pakaian berupa jaket yang mempunyai tempat meletakkan skrol-skrol. Bagaimana pun, pemakaian jaket ini tidak diwajibkan dan sesetengah daripada Chūnin ini mengenakan pakaian seperti jubah atau selendang.

Jōnin

Jōnin (上忍, Ninja Elit) atau dikenali juga sebagai "Ninja Atasan" merupakan ninja yang memiliki kemahiran dan skil individu dan mampu bertindak sebagai ketua peperangan. Mereka selalunya akan dihantar untuk melaksanakan misi bertahap-A dan sesetengah ninja Jōnin yang sangat berpengalaman juga turut dihantar untuk melaksanakan misi bertahap-S (misi yang dianggap paling sukar).

Adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk seseorang ninja Jōnin pergi melaksanakan misi sendirian. Jōnin selalunya memiliki kemampuan untuk menggunakan dua jenis elemen chakura, sesetengah jenis genjutsu dan skil taijutsu yang memiliki peringkat lebih tinggi daripada kebiasaan.

Adalah tidak diketahui bagaimana seseorang itu boleh menjadi Jōnin. Di dalam Buku Data Profil Anime Naruto ada menyatakan bahawa Jōnin akan dilantik, namun begitu terdapat maklumat mengenai Peperiksaan Jōnin dinyatakan dalam anime ketika babak Kurama. Apabila seorang ninja menjadi Jōnin, mereka akan diberikan tugas untuk memantau tiga orang ninja Genin. Sebahagian daripada tugas mereka adalah memastikan ninja-ninja di bawah arahan mereka ini menjadi ninja yang berkebolehan.

Tokubetsu Jōnin

Fail:Ibiki.PNGIbiki Morino merupakan ninja "Tokubetsu Jōnin" yang memiliki kepakaran dalam bidang soal siasat.

Tokubetsu Jōnin (特別上忍, Ninja Elit Khas) juga dikenali sebagai "Tokujō" merupakan ninja Jōnin yang memiliki kebolehan khas atau tertumpu ke arah sesuatu bidang atau skil sepertimana pegawai waran dalam sistem ketenteraan dunia sebenar (tidak seperti ninja Jōnin biasa yang memiliki kebolehan menyeluruh).

Mereka merupakan ninja elit khas yang memiliki kebolehan khusus dan selalunya akan ditugaskan sebagai orang bawahan ninja Jōnin biasa apabila khidmat mereka diperlukan. Sebagai contoh; Ibiki Morino, merupakan ninja Jōnin yang berkebolehan dalam memahami bagaimana manusia berfikir menjadikannya seorang ninja Jōnin yang pakar dalam bidang soal siasat dan pengumpulan maklumat rahsia.

Pasukan

Contoh pasukan kecil adalah Pasukan Kakashi yang terdiri daripada: Kakashi Hatake, Sasuke Uchiha, Naruto Uzumaki dan Sakura Haruno

.

Walau pun sesetengah ninja berpangkat tinggi dari pasukan biasa menjalankan tugas secara bersendirian, namun kebanyak misi-misi mereka dilakukan secara berkumpulan. Kumpulan yang paling asas adalah kumpulan Genin yang dibentuk setelah mereka tamat latihan di Akademi Ninja. Kumpulan ini dipanggil kumpulan berempat; terdiri daripada tiga orang Genin dan dipantau oleh seorang ninja Jōnin. Kumpulan ini bertujuan untuk mendedahkan ninja-ninja baru ini kepada teknik dan kebolehan yang praktikal. Selalunya, ikatan dan keserasian terbentuk di antara mereka dan kadang kala berlanjutan sepanjang hayat. Oleh kerana ikatan inilah dan fakta bahawa bekerja dengan satu kumpulan yang lama dikenali selalunya lebih efisien dan hubungan ini berkekalan walau pun semua ahli-ahlinya sudah mencapai peringkat atau pangkat yang lebih tinggi.

Selain daripada kumpulan asas ini, ada juga pasukan yang dibentuk untuk tujuan atau misi khas. Kadangkala ianya hanya dibentuk untuk seketika bagi memenuhi kehendak sesuatu misi dan dalam tempoh yang singkat, seperti pasukan khas ketika misi menyelamatkan Sasuke Uchiha yang terdiri daripada: Shikamaru Nara, Naruto Uzumaki, Neji Hyuga, Kiba Inuzuka dan Choji Akamichi. Namun begitu, ada juga pasukan khas yang dibentuk bertahan lebih lama dan lebih teratur, seperti Nijū Shōtai yang dibentuk untuk memerangi ancaman daripada Akatsuki.

Nijū Shōtai

Nijū Shōtai (二十小隊, Skuad Berdua Puluh) merupakan pasukan khas yang dibentuk oleh Hokage Kelima untuk memantau keselamatan dan menangkap anggota Akatsuki di Negara Api. Mereka diarahkan untuk menangkap ahli-ahli Akatsuki ini secara "hidup-hidup" atau pun sekiranya tindakan tersebut terlalu mustahil, mereka mesti dihapuskan.

Setakat ini, hanya dua kumpulan daripada dua puluh kumpulan yang telah dilihat dan diketahui:


Pangkat Khas & Fungsi

Selain daripada pangkat biasa seperti genin, chūnin, tokubetsu jōnin, dan jōnin; terdapat juga ninja yang memegang satu pangkat khusus atau pun fungsi. Sebagai contoh, di Kumogakure terdapat satu pangkat ninja yang berada dikedudukan di antara Jōnin dan Raikage. Ninja ini bertindak sebagai ketua kepada pasukan ninja bawahan dan boleh dijadikan wakil kepada kampung mereka. Di Konohagakure pula, terdapat Komander Jōnin yang mewakili ninja dari pasukan biasa di dalam kaunsel.